APAKAH JENIS MINYAK ZAITUN & YANG MANA TERBAIK?
Minyak zaitun terbahagi kepada 5 kelas iaitu;
1)Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
2) Virgin Olive Oil (VOO)
3) Light
4) Extra Light
5) Pomace
Perbezaan ketara jenis minyak zaitun dia atas adalah bagaimana ianya diproses dan kandungan khasiatnya. Jenis mana yang hendak dipilih adalah bergantung kepada tujuan dan kegunaan setiap individu.
Sekiranya untuk tujuan kesihatan sudah tentu khasiat maksimum yang kita inginkan. Jadi jenis extra virgin (EVOO) amatlah disarankan. Ianya adalah pati yang hanya diperah sekali secara “mechanically cold pressed” iaitu perahan tanpa melibatkan pemanasan.
Bagi tujuan memaksimumkan penyerapan khasiat kepada tubuh, bentuk minyak adalah lebih baik kerana tindakbalas berlaku bermula dari mulut, melalui tekak kemudian penyerapan dalam usus.
Bentuk kapsul atau softgel bukanlah tidak boleh, tetapi sarungnya perlu dihadam terlebih dahulu sebelum minyak dikeluarkan kemudian barulah usus menyerap khasiatnya. Kuantiti minyak dalam softgel tersebut tidaklah sebanyak sesudu minyak zaitun.
Jika kita tengok amalan orang Eropah dan Mediterranean mereka makan begitu sahaja tanpa softgel ataupun kapsul.
No comments:
Post a Comment