Sunday, October 6, 2019

Anak batuk dan selsema



Waktu ini anak saya,Zahin berusia 8bulan. Pertama kali juga saya guna minyak herba asmak. Selepas zahin discaj,baru saya gunakan minyak tersebut, kebetulan saya dapat secara percuma botol 10ml . Walaupun sudah discaj zahin masih selsema dan batuk keadaannya stabil. Nafas pun kembali normal tidak laju lagi. 

Selepas mandikan zahin waktu pagi dan petang dengan air suam saya sapu minyak herba asmak  di dada, perut, belakang badan,betis zahin dan sedikit sapuan di hidung dan leher.Saya sapu sekerap yang boleh 2 jam sekali. 

Hasilnya, hingus pekat keluar dari hidung. Alhamdulilah.  Healing proses ini berlarutan sehingga zahin pulih. Tiada selsema dan batuk lagi.

Minyak ini juga perlu disapu secara kerap dan konsisten ya. Untuk anak kecil seperti zahin saya buat juga kaedah wap air panas dan tepukan c cup (tips dari doktor).Saya titikkan beberapa titis minyak herba asmak di dalam air panas.
Kemudian anak dibedung, mukanya dihalakan ke wap tersebut sambil ditepuk belakang anak. 
In Shaa Allah berkesan. 
AWAS! AIR PANAS YA. 

Namun begitu jika anak bernafas laju segera ke hospital berdekatan ya.Minyak ini hanya sebagai alternatif tradisional untuk disapu luaran badan. 

No comments:

Post a Comment