Ekzema
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik.
Jenis-Jenis Ekzema
Atopic dermatitis
Keadaan kulit ini sering kali diwarisi secara genetik dan merupakan jenis ekzema yang paling lazim. Ruam kulit tersebut berlaku pada pipi, leher, siku, lipatan lutut, dan pergelangan kaki.
Irritant dermatitis
Keadaan ini berlaku apabila kulit berulang kali terdedah kepada bahan pencuci yang berlebihan atau bahan toksik.
Allergic contact dermatitis
Selepas pendedahan berulang kepada bahan yang sama, sistem imun badan menjadi aktif di tempat yang terdedah kepada bahan tersebut dan menghasilkan dermatitis. Contohnya alahan racun ivy.
Stasis dermatitis
Ia biasanya berlaku kepada individu dengan kaki yang bengkak akibat peraliran darah yang lemah di urat kaki.Jangkitan kulat: Jangkitan ini menghasilkan corak yang serupa dengan jenis ekzema lain, tetapi terdapat jangkitan kulat apabila sampel kulit digambarkan di bawah mikroskop atau ditumbuhkan dalam bahan “culture”.
Scabies
Scabies berpunca daripada jangkitan microorganisma yang dipanggil Sarcoptes scabiei. Simptom termasuk kegatalan kulit dan ruam yang kelihatan serupa dengan ekzema.
Pompholyx (dyshidrotic eczema) Penyakit kulit yang biasa dijumpai tetapi kurang difahami. Keadaan kulit ini menjejaskan tangan serta kaki dan menghasilkan ruam gatal berbentuk lepuh kecil (“vesicles”) pada jari tangan atau kaki dan telapak tangan atau tapak kaki.
Lichen simplex chronicus
Ia menghasilkan plak kulit yang tebal yang biasa dijumpai pada bahagian hadapan kaki dan leher.
Nummular ekzema
Ini adalah istilah untuk plak berbentuk duit syiling yang paling kerap dijumpai kaki b8ahagian bawah kaki dalam golongan warga berusia.
Seborrheic dermatitis
Ia merupakan ruam pada kulit kepala, muka, telinga, dan kadang-kadang di tengah dada orang dewasa. Ruam pada golongan bayi pula boleh terbentuk di belakang telinga atau seluruh badan.
Dyshidrotic dermatitis
Masalah kulit ini menjejaskan jari, telapak tangan, dan tapak kaki. Simptom melibatkan kegatalan kulit, tompok-tompok kulit bersisik yang berubah menjadi merah, retak, dan menyakitkan. Keadaan ini lebih biasa terjadi kepada para wanita.
Semoga bermanfaat π
No comments:
Post a Comment